sukan

6 tahun JDT belum kalah – TMJ

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menyangkal dakwaan bahawa pasukan itu akan lemah sekiranya terpaksa beraksi di atas permukaan padang menggunakan ‘cow grass’.

Menerusi satu hantaran di plaform X milik Tunku Mahkota Ismail, beliau menegaskan skuad Harimau Selatan sama sekali tidak pernah berdepan masalah untuk beraksi di atas permukaan padang yang menggunakan ‘cow grass’.

“Ada juga saya dengar theory yang mengatakan cow grass beri disadvantage kepada JDT. Tuan-tuan, JDT belum kalah away dlm liga semenjak March 2018.

“6 tahun belum kalah atas cow grass. Jadi tolonglah berfikir secara professional dan meningkatkan infra bolasepak negara,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengharapkan pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) dapat mengikuti jejak langkah Terengganu FC (TFC) yang menggunakan rumput bermuda sekiranya tidak mahu menukar kepada ‘zeon zoysia’.

“Kalau tak nak tukar zeon, tukar kepada bermuda macam Terengganu FC. Dua-dua jenis rumput ini sand base. Apabila hujan, tak berlumpur.

“Masalah cow grass adalah soil base dan apabila hujan air bertakung atau berlumpur,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) mengumumkan geran geran keseluruhan bernilai RM4.6 juta sudah disalurkan kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak dan sistem saliran di stadium.

Lapan negeri dalam senarai iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka menerima geran penuh RM500,000 bagi proses penambahbaikan saliran dan penukaran rumput di stadium.

sumber:-BH

Dua negeri iaitu Perlis dan Kedah bagaimanapun hanya menerima RM300,000 kerana untuk menaik taraf sistem saliran dengan Sabah dan Pulau Pinang tidak mahu menukar rumput.