KUALA LUMPUR: Beregu lelaki muda negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing menegaskan mereka kini sudah ‘move on’ susulan episod kontroversi pada kejohanan Masters Malaysia 2025 dan bersedia melangkah lebih jauh dalam karier mereka.
Khai Xing mengakui pengalaman di kejohanan itu mematangkan mereka dan bersedia mengharungi cabaran di pentas antarabangsa.
“Saya rasa ia situasi yang sudah berlalu, jadi saya terima saja. Mungkin kejohanan seterusnya kami akan tampil lebih kuat,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.
Aaron-Khai Xing, yang kini menghuni ranking ke-53 dunia, terpalit dengan kontroversi keputusan pengadilan ketika tewas kepada beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan kedua Masters Malaysia.
‘Walaupun pemandu wanita itu minta maaf, dia perlu didakwa segera kerana cuai hingga anak, menantu, cucu saya maut kemalangan…’
Pengadil perlawanan, Peter MeszaroBeregu muda negara Aaron Tai-Kang Khai Xing berdepan detik kontroversi dengan pengadil ketika bertemu beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan kedua Masters Malaysia.
Terdapat sekurang-kurangnya tiga keputusan kontroversi yang memberi kesan langsung terhadap keputusan perlawanan, termasuk insiden bulu tangkis yang dikira masuk walaupun jelas keluar.
Namun, Khai Xing enggan terus dibayangi detik itu dan memilih untuk menjadikannya sebagai pemangkin semangat.
“Kecewa itu hanya sehari saja. Esoknya kami dah okay. Sekarang kami fokus kepada latihan dan persiapan untuk kejohanan akan datang – Terbuka Macau (29 Julai hingga 3 Ogos), Terbuka Hong Kong (9 hingga 14 September) dan Terbuka Korea (23 hingga 28 September),” jelasnya.
Sejak dibimbing ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, prestasi Aaron-Khai Xing dilihat semakin konsisten dan menunjukkan peningkatan.
“Sejak jurulatih Herry masuk, memang ada naik turun, tetapi secara keseluruhan kami nampak perkembangan yang positif. Kami akan terus beri yang terbaik dalam latihan,” katanya.
Walaupun sedar masih banyak ruang untuk penambahbaikan, Khai Xing optimis mereka mampu mencipta kejutan dalam kejohanan yang selepas ini.
sumber:- BH
“Tahun ini kami akan cuba sebaik mungkin untuk meraih satu kejuaraan dalam saingan Jelajah Dunia BWF, sama ada Super 100 atau Super 300,” ujarnya.