JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan Christian Abad Amat dari Sepanyol sebagai penjaga gol baharu pasukan itu.
Pengumuman pengambilan pemain berusia 18 tahun itu, dibuat menerusi satu video dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Video dengan kapsyen ‘New goalie on the block! Welcome Christian Abad Amat’, turut memaklumkan bekas pemain Juvenil B Elche itu akan menyarung jersi nombor 12.
sumber:-BH
Terdahulu, JDT mengumumkan pemain dari Korea Selatan, Park Jun Heong, 31, dan Enzo Lombardo, 27, dari Perancis sebagai pemain baharu kelab itu bagi menghadapi saingan musim baharu. – BERNAMA