sukan

‘Ada yang tak kena dengan pengurusan’ – Pekan

“BIASANYA kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kecualilah kalau ada monyet atau burung kenyalang berada di atas pokok yang kita tak nampak.”

Itu reaksi penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berhubung kemelut yang melanda skuad Harimau Malaya selepas tular dakwaan pengendali, Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihan bersedia untuk meninggalkan pasukan sekiranya khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

Namun pengendali kelahiran Korea Selatan itu tampil menafikan telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meninggalkan Harimau Malaya selepas tewas dua kali kepada Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 baru-baru ini.

“Walaupun Pan-gon nafikan dia mahu tinggalkan Harimau Malaya, kita percaya waktunya sudah hampir tiba, terutama prestasi merudum Harimau Malaya tewas dua kali berturut-turut kepada Oman di Muscat dan Bukit Jalil baru-baru ini.

“Peluang kita untuk layak secara merit ke Piala Asia 2027 dan Piala Dunia 2026 bakal berkubur, walhal kita sudah menang dua ‘game’ awal menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan.

“Persoalannya sekarang macam ada yang tidak kena kepada pengurusan skuad Harimau Malaya sekarang. Saya lebih melihat kepada isu persiapan caca merba persiapan skuad kebangsaan sekarang. Bukan sahaja menghadapi Piala Asia di Qatar tetapi berlaku lagi sebelum menentang Oman,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pada masa sama Pekan percaya Pan-gon juga memendam perasaan selepas berakhirnya kempen Harimau Malaya dalam Piala Asia Qatar 2023 di Doha pada Februari lalu.

sumber:-SH

“Saya rasa banyak rahsia dipendam Pan-gon dari soal pemilihan pemain begitu juga ‘lineup’ yang beliau nak turunkan. Beliau rasanya banyak memendam perasaan sekarang. Maka sebab itu timbul plot cerita Pan-gon nak tinggalkan Harimau Malaya ini.