sukan

adakah impian KL Rovers FC tercapai

Nasib empat pasukan dari Liga M3 yang bakal ‘dinaikkan pangkat’ ke Liga Super musim 2024/25 bagi menggantikan Kelantan FC dijangka boleh diketahui dalam masa terdekat.

Perkembangan itu dikongsikan Pengarah KL Rovers FC Sdn Bhd, Ashraf Mazlan yang mengakui pihaknya menanti dengan penuh debaran berhubung keputusan yang bakal dikeluarkan First Instance Body (FIB) itu nanti.

“Berdasarkan apa maklumat yang saya dapat semalam, keputusan itu (pasukan M3 ke Liga Super) akan diketahui dalam masa terdekat.

“Mungkin First Instance Body (FIB) memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan mengenai perkara ini,” katanya secara ringkas kepada BH Sukan.

Selain KL Rovers yang juga naib juara Liga M3 musim lalu, tiga lagi pasukan yang turut menghantar permohonan untuk mendapatkan lesen kebangsaan bagi beraksi di Liga Super adalah Imigresen FC, Harini dan Perlis.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan proses temuduga untuk keempat-empat pasukan yang mengemukakan permohonan untuk beraksi di Liga Super terpaksa dianjakkan pada 4 Mac.

“Itu adalah waktu untuk jawatankuasa berjumpa dan kita akan adakan temuduga dengan keempat-empat pasukan terbabit. Jadi kita akan maklumkan selepas First Instance Body (FIB) selesai membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, badan pengendali liga itu memberi peluang kepada pasukan Liga M3 untuk menghantar kembali permohonan lesen luar biasa bagi menyertai Liga Super musim 2024/2025.

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook MFL, mereka terpaksa melakukan perkara itu selepas mengambil kira FIB dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam Liga Super 2024/25.

sumber:- BH

“Ketiadaan Kelantan FC menyaksikan kekosongan slot ke-14 bagi saingan Liga Super musim ini.”Justeru MFL meminta semua kelab M3 yang berminat untuk mengemukakan permohonan lesen luar biasa ini pada 18 Januari 2024 dan proses penyerahan semua dokumen menerusi AFC CLAS akan bermula 19 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024,” kata MFL.