KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan kerjasama dengan jenama teknologi inovatif, TECNO sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan badan induk bola sepak Asia itu.
Bagi musim 2024-25, AFC memperkenalkan tiga kejohanan baharu – Liga Juara-Juara AFC Elite, Liga Juara-Juara AFC Dua, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata: “AFC memasuki era baharu inovasi dan transformasi, seiring dengan dorongan penstrukturan semula pertandingan kelab, kami berasa amat berbesar hati untuk menyambut sebuah entiti yang berkongsi nilai yang sama – TECNO.
“Kami amat berterima kasih kepada TECNO kerana menyedari daya tarikan global yang semakin meningkat dalam pertandingan bertaraf dunia AFC, dan kami berharap kerjasama dengan TECNO ini dapat mencipta lebih banyak detik menarik buat peminat bola sepak Asia.”
Dengan memanfaatkan pangkalan peminat yang luas dalam pertandingan kelab AFC, dan penonton televisyen global yang mencecah satu bilion, TECNO bersedia membina hubungan dengan komuniti sukan yang besar.
TECNO yang menawarkan teknologi canggih dan produk lebih mudah diakses, berharap dapat membawa pengalaman digital yang unik kepada peminat bola sepak.
Sebelum ini, TECNO menerusi tajaan untuk Piala Negara-Negara Afrika ke-34 (AFCON), menjadikan perlawanan lebih mudah diakses oleh seluruh komuniti bola sepak di Afrika, termasuk kawasan terpencil Afrika.
TECNO juga menyatakan komitmen untuk membaik pulih 100 padang bola sepak di seluruh Afrika dalam tempoh lima tahun akan datang.
Melalui kerjasama dengan AFC, TECNO akan terus berinovasi untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Asia dan memberi inspirasi kepada peminat bola sepak untuk menjunjung semangat ‘Stop at Nothing’.
“Kerjasama ini mencerminkan nilai-nilai bersama seperti semangat, kecemerlangan, dan inovasi antara TECNO dan AFC.
sumber:-BH
Lebih daripada sekadar tajaan, ini adalah mercu tanda yang memaparkan semangat ‘Stop at Nothing’ serta permulaan perjalanan baharu untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna buat peminat di seluruh Asia,” kata Ketua Pegawai Pemasaran TECNO, Laury Bai.