sukan

Aidil Sharin enggan pandang rendah Penang FC

GEORGETOWN: Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak memuji anak buahnya atas kejayaan menewaskan Penang FC 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

Menurutnya, kemenangan malam tadi tidak mudah dicapai dalam situasi padang becak serta ‘berat’ namun beliau bangga anak buahnya menguasai perlawanan dengan baik sejak awal perlawanan meskipun tanpa tonggak import mereka, Moses Atede yang memanas bangku simpanan pada babak pertama.

“Malam ini bukannya senang kerana kami bermain di tempat lawan dengan keadaan padang yang becak disebabkan hujan berterusan sangat ‘berat’ buat pemain.

“Walaupun tidak ada Moses pada separuh pertama, mereka berpegang teguh kepada perancangan pasukan hingga kami dapat satu gol dan apabila Moses masuk, kami nampak mereka lebih kreatif mencipta lebih banyak peluang jaringan.

Guan Eng mahu Fadhlina perjelas kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan

“Cuma kalau kami dapat tukar dua atau tiga peluang itu kepada gol, lagi baik sebagai bekalan untuk bawa pulang ke Kuching, tetapi inilah bola sepak, anak buah saya sudah memberikan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Dalam perkembangan sama beliau turut mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu selesa dengan kelebihan tipis itu menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Negeri pada 30 November ini.

sumber:-BH

Jurulatih berasal dari Singapura berusia 47 tahun itu bagaimanapun optimis dengan peluang pasukan untuk menyisihkan lawan di gelanggang sendiri namun tetap tidak memandang rendah ancaman skuad Harimau Kumbang.