KUALA LUMPUR: Pengendali Kuching City FC (KCFC), Aidil Sharin Sahak menuntut anak buahnya supaya dapat terus memperbaiki prestasi bagi berdepan cabaran Sabah FC pada aksi suku akhir Piala Malaysia nanti.
Jurulatih dari Singapura itu mengakui skuad ‘Badak’ bakal menjanjikan persaingan yang lebih sengit sekali gus anak buahnya perlu tampil dengan persembahan lebih mantap untuk memburu tiket ke separuh akhir.
“Sabah FC adalah pasukan yang kuat dan kita tewas di tangan mereka dalam aksi Liga Super sebelum ini walaupun kita beraksi dengan agak baik ketika itu.
“Sudah tentu mereka akan berbeza tanpa kehadiran Datuk Ong Kim Swee tetapi Sabah FC tetap Sabah FC. Kita kena bersedia kerana permainan mereka adalah lebih fizikal berbanding Penang FC,” katanya.
Terdahulu, suku akhir Piala Malaysia menjanjikan aksi yang ‘lazat’ selepas bakal menyajikan ‘Derbi Borneo’ apabila KCFC menempah pertemuan dengan Sabah FC bagi perebutan tiket ke separuh akhir.
Skuad ‘The Cats’ menyingkirkan Penang FC (PFC) 3-0 secara agregat hasil kemenangan 2-0 di Stadium Negeri selepas meraih kemenangan 1-0 pada aksi pertama pusingan 16 di Stadium Bandaraya, sebelum ini.
Pemburuan KCFC untuk mendapatkan gol pembukaan berhasil selepas Tchetche Kipre menyudahkan hantaran Petrus Shitembi pada minit ke-67 sekali gus menjadikan agregat 2-0.
sumber:-BH
Ramadhan Saifullah yang meledak gol tunggal perlawanan pada aksi pertama menambah gol kedua KCFC pada minit ke-79 untuk memadam semangat perjuangan PFC yang beraksi dengan 10 pemain selepas Adib Raop dilayangkan kad merah pada minit ke-41.