sukan

Akademi JDT terlepas tiket final

KUALA LUMPUR: Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur gagal melangkah ke final kategori Bawah 12 tahun (B-12) Piala Supermokh 2024 selepas dikejutkan kelab Thailand, Pattaya United 2-1.

Dua gol pada babak pertama dijaringkan Supakorn Hancai dan Wuttiphat Juimuangri memastikan mereka menempah slot ke final menentang wakil negara, NFDP A, petang esok.

Turun berdepan Akademi JDT yang juga pasukan pilihan, Pattaya United mempamerkan aksi kemas dengan hantaran pendek dan serangan melalui sayap.

Supakorn meletakkan Pattaya United di depan pada minit ke-20 menerusi rembatan yang terus menerjah gawang Akademi JDT.

Berselang sembilan minit kemudian, giliran pemain cilik dan lincah, Wuttiphat menggandakan kelebihan buat Pattaya United dengan gol kedua.

Memasuki babak kedua, corak permainan berbeza ditampilkan Akademi JDT dan berjaya memperolehi gol menerusi Daryen Qafil Joraimi pada minit ke 40.

Meskipun Akademi JD cuba memburu gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti namun keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

sumber:-BH

Susulan itu, JDT Akademi akan berentap dengan NFDP B bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.