sukan

aksi sedemikian secara tidak langsung memberi manfaat – Sarjit

PENGENDALI skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh menyifatkan perlawanan berintensiti tinggi berdepan pasukan ranking lebih baik merupakan peluang meningkatkan prestasi The Speedy Tigers.

Malah jelas Sarjit mengakui aksi sedemikian secara tidak langsung memberi manfaat cukup baik kepada penambahbaikan skuad negara.

Jelasnya, keputusan perlawanan bukan menjadi keutamaan tetapi dapat dilihat bagaimana pemain-pemain memberi komitmen sepenuh hati di atas padang.

“Perlawanan seperti ini yang kita mahukan, tempo perlawanan yang cukup tinggi dan memberi manfaat yang cukup baik kepada pemain-pemain.

“Pujian juga harus diberikan kepada setiap pemain kerana memberi komitmen yang cukup baik dan seperti yang saya katakan, kami memerlukan masa untuk membentuk keserasian,” katanya selepas perlawanan persahabatan itu berakhir.

Speedy Tigers sebelum itu mendapat tonik terbaik untuk memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2024 selepas mengatasi skuad Olimpik Paris 2024, New Zealand, 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Hoki Azlan Shah pada Rabu.

Pada masa sama, Sarjit turut berharap komuniti hoki tempatan untuk terus memberi sokongan positif kepada Speedy Tigers dalam usahanya membentuk pasukan yang mantap.

sumber:-SH

“Saya harap semua pihak termasuk peminat dapat memberi sokongan penuh kepada kami dalam membentuk sebuah pasukan mantap,” katanya.