Pemain beregu wanita negara, M. Thinaah, menyimpan cita-cita besar untuk menonjolkan aksi terbaik sambil mahu menamatkan setiap perlawanan dengan lebih pantas menjelang Kejohanan Seluruh England yang akan bermula 11 hingga 16 Mac ini.
Thinaah bersama gandingannya, Pearly Tan, akan memulakan aksi pemanas badan dalam kejohanan bertaraf super 300 iaitu Badminton Masters Orleans di Perancis sebelum menuju ke pertandingan berprestij itu.
“Kami sudah sebulan tidak bermain dalam kejohanan dan kami teruja untuk bersaing di Eropah.
“Edisi sebelum kami tewas. Kami mendahului perlawanan itu berkali-kali tetapi akhirnya tetap kalah.
“Pada masa itu, kami tidak sabar-sabar untuk menamatkan perlawanan dengan lebih pantas. Kami tidak cukup sabar.
“Tetapi kami telah belajar melalui latihan dan dalam kejohanan, jadi kami menyasarkan untuk menjadi lebih tenang terutamanya pada saat-saat genting,” kata Thinaah.
Untuk rekod, Thinaah-Pearly Tan belum pernah mara ke suku akhir kategori super 1000 dalam tiga edisi sejak 2021-2024.
sumber:- stadium astro
Persediaan mereka kali ini adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai aspek kerana mereka telah memperhalusi permainan, serta memperbaik serangan dan pertahanan mereka.