sukan

Amaran awal polis menjelang final Piala FA

KUALA LUMPUR: Penyokong kedua-dua pasukan yang bakal beraksi pada pelawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada Sabtu diberi amaran supaya tidak melakukan provokasi melampau.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, seramai 2,488 pegawai dan anggota polis dari pelbagai jabatan akan dikerahkan bagi mengawal keselamatan sepanjang hari perlawanan itu berlangsung.

Menurutnya, lebih 85,000 orang dijangka bakal membanjiri stadium bagi menyaksikan perlawanan antaraJohor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC itu.

“Orang ramai diingatkan supaya mejaga tatasusila dan tidak menimbulkan provokasi (melampau) yang boleh mencetuskan rusuhan.

sumber:-BH

“Kalau setakat kita hendak ‘happy-happy’ (bergembira) menang itu okay tetapi janganlah melampau, ini sukan kita mahu seronok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.