sukan

BAC: Man-Tee hanya perlukan masa tak sampai 30 minit permainan

Gandingan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, memperoleh kemenangan mudah selepas menghantar pulang lawan dari Hong Kong dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, sebentar tadi.

Pertembungan kali pertama itu menyaksikan juara Masters Indonesia itu mendahului pertemuan tersebut susulan menundukkan Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi dengan keputusan 21-14, 21-12, sekali gus melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Ini adalah waktu yang sesuai untuk Man-Tee menonjolkan semula prestasi terbaik selepas terpaksa berpuas hati kandas seawal peringkat pertama Kejohanan Seluruh England, sebelum ini.

sumber:- stadium astro

Tidak sampai 26 minit, mereka berjaya mara selaku pilihan kelapan kejohanan mengikut jejak langkah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam pentas tertinggi Asia itu.