KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memenuhi permintaan pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie untuk turut beraksi dalam acara beregu lelaki selepas berpisah dengan pasangannya, Toh Ee Wei.
Tang Jie, 27, akan meneruskan aksinya dalam acara beregu campuran bersama Chan Wen Tse, sementara dalam beregu lelaki, dia akan digandingkan dengan Wong Vin Sean.
Tang Jie akan menguji kombinasi baharunya pada kejohanan Terbuka Taiwan dari 6 hingga 11 Mei dan Terbuka Thailand (13 hingga 18 Mei).
Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky berkata, permintaan Tang Jie dipenuhi selepas perbincangan antara ketua jurulatih beregu campuran, Nova Widianto, dan ketua jurulatih beregu lelaki, Herry Iman Pierngadi.
“Ya, memang untuk Tang Jie, dia ada minta untuk bermain dalam dua kategori, iaitu beregu campuran dan beregu lelaki. Nova tidak membuat keputusan sendiri, tetapi dia memberikan kesempatan kepada Tang Jie untuk berbincang dengan Herry.
sumber:- BH
“Semalam, Herry berbincang dengan saya dan dia bersetuju untuk mencari pasangan yang sesuai bagi Tang Jie,” kata Rexy ketika ditemui selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.