sukan

BAMTC 2025: Keputusan penuh aksi Malaysia bertemu Hong Kong

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menutup gelanggang Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China sebentar tadi dengan nota positif.

Bagaimanapun kemenangan tersebut tidak mengubah keputusan apabila Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B di Qingdao.

Pasangan negara yang berstatus ke-15 dunia tidak berdepan masalah untuk menundukkan Hung Kuei Chun-Lui Chun Wai dalam tempoh 27 minit permainan.

Dalam aksi di Pusat Sukan Qingdao Conson itu, Wei Chong-Kai Wun mudah membenam cabaran Chun-Lui Chun Wai menerusi saingan straight set 21-13, 21-11.

Pemain perseorangan wanita, K Letshanaa turut ‘mencuri’ satu mata daripada Hong Kong setelah menumpaskan Saloni Samirbhai Mehta 21-18, 21-18.

Terdahulu beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang turun membuka gelanggang dan perseorangan lelaki, Justin Hoh tewas kepada lawan masing-masing.

Harapan kem badminton negara kepada beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing untuk meraih kemenangan juga tidak kesampaian.

Pasangan ke-48 dunia itu terpaksa akur tewas straight set kepada Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 17-21, 14-21 dalam masa 50 minit permainan.

Peluang Malaysia untuk melangkah ke saingan suku akhir kian sukar apabila wajib mengalahkan Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan pada Khamis.

sumber:-SH

Sebagai rekod, kem badminton negara tidak pernah melepasi peringkat kumpulan sejak kejohanan tersebut mula dipertandingkan pada 2017.