MALAYSIA kembali mengikat kedudukan 1-1 dengan Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China sebentar tadi.
Keputusan tersebut diraih selepas pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa menumpaskan Saloni Samirbhai Mehta secara straight set.
Dalam aksi di Pusat Sukan Qingdao Conson itu pemain negara yang berada di tangga ke-53 dunia bermula baik pada set pertama menerusi kemenangan 21-18.
Letshanaa kemudian meneruskan momentum positif apabila menafikan kebangkitan Saloni apabila mengesahkan kemenangan 21-18 dalam tempoh 46 minit permainan.
Terdahulu, beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang mengimpikan untuk menyumbang mata pertama buat negara tidak kesampaian.
Mereka yang berstatus ke-15 dunia tumpas kepada Tang Chun Man-Ng Tsz Yau 17-21, 21-17, 21-11 dalam tempoh 59 minit permainan.
Cabaran negara ketika ini diteruskan oleh pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh yang membuat perhitungan dengan Lee Cheuk Yiu.
sumber:-SH
Hong Kong pada Selasa bermula dengan langkah kiri setelah kalah kepada Indonesia 0-5.