sukan

Barisan Harimau Malaya terima duit raya daripada TMJ

Barisan pemain Harimau Malaya dilaporkan menerima duit raya daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebaik menewaskan Nepal 2-0 malam tadi.

Malaysia membuka kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia dengan langkah kanan apabila berhasil menewaskan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Perancang baru Harimau Malaya, Hector Hevel, menandakan penampilan pertamanya dengan gol pembukaan skuad negara pada minit ke-29 sebelum Corbin Ong menggandakan kelebihan itu pada minit ke-70.

Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memaklumkan bahawa setiap pemain Harimau Malaya menerima imbuhan atau duit raya daripada Tunku Ismail atas kejayaan itu.

sumber:- stadium astro

Setiap titik peluh dihargai, skuad Harimau Malaya dapat duit raya kurniaan Tunku Mahkota Ismail.