sukan

Bekas bintang Harimau Malaya kembali mencuri tumpuan dunia

BEKAS pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar biasa dalam Baller League, baru-baru ini.

Mantan tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mewakili pasukan pilihan Jerman dengan menjadi watak penting membantu melakar kemenangan 9-1 menewaskan United Kingdom (UK) di final.

Berdasarkan satu video yang tular menerusi Sky Sports, pemain tengah berusia 33 tahun itu membuat rembatan deras menembusi jaring pihak lawan dan meraikan gol dengan penuh semangat.

sumber:- stadium astro

Peminat tempatan mula mempersoalkan mengapa kelincahan Mat Don tidak digunakan untuk bersama skuad futsal negara.
Selepas aksi terakhirnya bersama Terengganu pada akhir 2023, Liridon tidak bersama mana-mana pasukan dalam kancah domestik.