Dua bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari dan Benjamin Mora mencuri tumpuan apabila mengemudi pasukan masing-masing dalam perlawanan saingan Liga Mexico baru-baru ini.
Solari mengendalikan pasukan Pumas UNAM sebagai jurulatih, sementara Mora merupakan ketua jurulatih pasukan CF Pachuca bertemu dalam saingan liga pada Julai lalu yang berakhir dengan kemenangan 3-0 buat pasukan kendalian Solari.
Untuk rekod, Esteban Solari yang merupakan bekas penyerang Argentina itu dilantik sebagai jurulatih JDT bagi saingan 2022 bagi menggantikan Hector Bidoglio.
Manakala, Benjamin Mora merupakan jurulatih skuad Johor Darul Ta’zim II pada 2017 sebelum dinaikkan pangkat pada 2018.