sukan

Belum masa Aaron-Khai Xing beraksi dalam kejohanan Super

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu remaja negara, Pang Cheh Chang berpandangan yang beregu lelaki remaja negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing tidak seharusnya terus menyertai kejohanan berstatus tinggi secara mendadak.

Cheh Chang berkata, dia lebih selesa sekiranya gandingan juara remaja dunia itu bermula dari kejohanan yang berstatus rendah terlebih dahulu dan menunjukkan tahap konsisten memburu kemenangan di situ.

Katanya, proses itu lebih baik berbanding terus bermain di kejohanan berstatus lebih tinggi.

“Pada pendapat saya, saya pentingkan proses, (Super) 100, 300 dan ke 500 kerana kalau mereka boleh beraksi dengan baik, menunjukkan prestasi dan stabil, ini bermaksud kualiti mereka boleh meningkat di sana (100, 300).

“Jadi kita boleh tengok proses itu dari tahun ke tahun. Jangan kita terus letakkan mereka dalam 500 tapi hati masih belum di situ lagi. Tapi kalau mereka dekat 300 dan boleh selalu menang, itu maksudnya mereka sudah matang.

“Namun, kadangkala kita juga kena berikan mereka peluang untuk beraksi di 500, jadi mereka dapat bandingkan kemampuan dan ukur tahap prestasi mereka di sana (500),” kata Cheh Chang.

sumber:-BH

Minggu lalu, Aaron-Khai Xing mencipta sejarah tersendiri apabila meraih gelaran juara remaja dunia selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi pada aksi final Kejohanan Remaja Dunia di Nanchang, China.