sukan

Bergson tanpil lebih bersemangat menentang PDRM

JOHOR BAHRU: Penyerang prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva berharap terus meledak apabila berdepan PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam esok.

Pemain import kelahiran Brazil itu yang kini mengumpul tiga gol bersama rakan sepasukan, Hiberty Fernandes, Ifedayo Olusegun (PDRM), Paulo Josue (KL City) dan Ronnie Fernandez (Selangor) bagaimanapun berkata, misi utamanya adalah untuk membantu pasukan melakar kemenangan tanpa mengira siapa menjaringkan gol.

“Kita tidak ada sebarang alasan untuk tidak meraih tiga mata pada perlawanan ini. Walaupun ia dilihat pertembungan yang bakal sengit tapi kami tidak boleh beraksi sambil lewa.

“Apa yang penting semua pemain perlu ada motivasi tersendiri bagi memastikan misi tiga mata itu berjaya dijelmakan sekali gus memberi lebih keyakinan untuk persiapan separuh akhir Piala FA, Ahad ini,” katanya.

Sebagai rekod, skuad kendalian Hector Bidoglio itu kini gah menerajui takhta Liga Super dengan 18 mata hasil enam kemenangan berturut-turut setakat ini.

PDRM FC pula berada pada kedudukan ke-11 dan mengumpul empat mata hasil satu kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali daripada lima perlawanan setakat ini.

Dalam pada itu, Bergson berharap kesebelasan pasukan dapat mengekalkan momentum serta mentaliti kemenangan pada perlawanan berkenaan.

Katanya, hanya dengan cara itu, skuad Harimau Selatan itu mampu melangkah lebih jauh dan melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Bagi saya dengan mengekalkan momentum dan mentaliti kemenangan ini, lebih banyak kejayaan akan mampu dicapai.

sumber:-BH

“Inilah perkara yang selalu ditekankan kepada kami dan kami akan cuba merealisasikannya,” katanya.