sukan

“Bukan mudah untuk saya, Malah ini bukan kali pertama”

Kuala Lumpur: “Semoga terus kuat Mickey.”

Demikian antara kata-kata semangat ditujukan kepada bintang Harimau Malaya, Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey yang sedang berdepan krisis rumah tangga bersama isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril.

Rata-rata penyokong mendoakan agar sensasi Selangor FC itu dapat menguruskan situasi sukar diharunginya ketika ini dengan baik selain memberi nasihat agar dia dapat memberikan fokus kepada skuad kebangsaan.

Ketika ini, Faisal bersama skuad negara sedang membuat persiapan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura Khamis ini dan Palestin, Isnin depan.

“Semoga Allah berikan kekuatan dan kelapangan hati untuk tempuh ujian,” tulis atita.rahman7 di Instagram pemain berusia 27 tahun itu.

“Tetap kuat Faisal halim..kau adalah aset bola sepak Negara…masih ramai di belakang kau.. yang tinggalkan kau hanya manusia bukan Allah…semoga diberi kekuatan,” tulis kigfaiz.

Luqmaniaqq pula menulis: “Be strong abang, manusia diuji oleh Allah swt sesuai dengan kemampuannya.”

Terdahulu Arena Metro melaporkan hubungan Nur Syazwani dan Faisal mencetuskan persoalan selepas terdapat sebutan kes di papan info Mahkamah Rendah Syariah Klang terteranya nama Faisal dan isterinya, hari ini.

Nur Syazwani kemudian menerusi Instagram Story miliknya mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap pemain itu, hari ini.

“Bukan mudah untuk saya. Malah ini bukan kali pertama, saya pernah diceraikan sebelum ini. Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya.

“Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat. Saya telah berusaha namun mungkin ini jalan yang terbaik. lbu saya disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya. Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua pasangan itu berkahwin pada 9 Mac 2019 lalu dan hasil perkahwinan selama enam tahun itu dikurniakan seorang anak lelaki.

sumber:- HM

Pada 5 Mei tahun lalu, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.