PENYERTAAN Harimau Malaya dalam kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dihoskan secara bersama Tajikistan dan Uzbeksitan bulan depan, sebagai satu simbol penghargaan tertinggi buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, ia juga boleh dianggap sebagai medan terbaik untuk meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi serta mempersiapkan skuad negara untuk mengharungi cabaran lebih besar di pentas antarabangsa.
Malah, beliau juga melihat bahawa kejohanan tersebut bakal menjadi medan ujian sebenar buat anak buah Peter Cklamovski untuk mengukur tahap kemampuan mereka.
“Ini adalah permulaan dan menjadi pentas terbaik untuk kita bermula menuju ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Jadi, permulaan ini perlu kita manfaatkan sepenuhnya agar pasukan kebangsaan dapat pergi lebih jauh,” katanya.
CAFA 2025 yang menghimpunkan pasukan terkuat rantau Asia Tengah menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan ranking ke-20 dunia Iran, Tajikistan (106) dan Afghanistan (161) dengan semua perlawanan berlangsung di Dushanbe.
Manakala, aksi Kumpulan B yang berlangsung di Tashkent menghimpunkan Uzbekistan (55), Oman (79), Kyrgyzstan (104) dan Turkmenistan (140).
sumber:- SH
Juara kumpulan akan layak ke final di Tashkent pada 8 September, manakala naib juara kumpulan akan bertemu untuk perlawanan penentuan tempat ketiga di Dushanbe juga pada tarikh sama.