SELEPAS berhadapan isu tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), skuad Harimau Malaya terus memandang ke hadapan apabila Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski mempertaruhkan tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah bagi kem latihan pusat bermula Isnin.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan skuad negara akan terus bertolak ke Vientiane, Laos pada 6-8 Oktober untuk latihan pusat sebagai persediaan menghadapi tuan rumah dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada Khamis, 9 Oktober di New Laos National Stadium.
Latihan pusat seterusnya akan bersambung di Kuala Lumpur pada 10-13 Oktober menjelang aksi timbal balik menentang Laos pada Selasa, 14 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Cklamovski telah mengekalkan seramai 22 pemain dari skuad menentang Singapura dan Palestin pada perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing pada 4 September dan 8 September lepas, selain membawa masuk dua pemain dari skuad B-23 tahun iaitu Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul.
“Cklamovski juga memanggil tiga muka baharu iaitu Declan Lambert, Jordan Mintah dan Muhammad Ramadhan Saifullah,” menurut kenyataan itu.
Berikut senarai nama 29 pemain:
Johor Darul Ta’zim
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 29
La’Vere Lawrence Corbin-Ong, 34
Mohd Shahrul Mohd Saad, 32
Muhammad Afiq Fazail, 31
Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 31
Junior Eldstal, 34
Romel Oswaldo Morales Ramirez, 28
Selangor
Harith Haiqal Adam Afkar, 23
Mohamad Faisal Abdul Halim, 27
Muhammad Aliff Izwan Yuslan, 21
Nooa Hamzah Laine, 23
Quentin Cheng Jiun Ho, 26
Kuala Lumpur City
Declan Stephen Lambert, 27
Muhammad Safawi Rasid, 28
Sturmer Dos Reis Paulo Josue, 36
Kuching City
Jordan Mintah, 30
Muhammad Haziq Nadzli, 27
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 25
Sabah
Daniel Sang Ting, 33
Dominic Tan Jun Jin, 28
Stuart John Wilkin, 27
Terengganu
Muhammad Azam Azmi Murad, 24
Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, 22
Negeri Sembilan
Muhammad Azri Abdul Ghani, 26
Cerezo Osaka
Dion Johan Chai Cools, 29
Ho Chi Minh City Police
Endrick Dos Santos Parafita, 30
Kanchanaburi Power
Sergio Fabian Ezequiel Aguero, 31
Raith Rovers
Richard Li Hua Chin, 23
Sementara itu, seramai 13 pemain berikut diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:
Ibrahim Manusi, 24
Johor Darul Ta’zim
Mohamadou Sumareh, 31
Johor Darul Ta’zim
Nathaniel Shio Hong Wan, 25
Johor Darul Ta’zim
Adam Nor Azlin, 29
Kuala Lumpur City
Mohammad Syamer Kutty Abba, 28
Kuala Lumpur City
Ryan Edward Lambert, 27
Kuala Lumpur City
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, 30
Selangor
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 23
Selangor
Muhammad Safwan Mazlan, 23
Terengganu
Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni, 27
Terengganu
Mohd Suhaimi Husin, 31
Terengganu
Muhammad Adib Abdul Ra’op, 26
Penang
Wan Ahmad Kuzain Wan Ahmad Kamal, 26
St. Louis City