KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya Peter Cklamovski mengakui barisan kejurulatihannya sentiasa bekerja keras dalam usaha merangka strategi bagi memastikan skuad kebangsaan memperoleh keputusan cemerlang pada perlawanan akan datang.
Jurulatih berasal dari Australia itu berkata, sokongan padu daripada semua pihak terutamanya penyokong bola sepak tanah air meniup lagi semangat barisan kejurulatihan untuk bekerjasama mengasah taring Harimau Malaya supaya lebih tajam lagi.
Katanya, walaupun dilihat sudah sebelah kaki mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia 2027 namun Cklamovski tidak mahu cepat berpuas hati atau memperlahankan momentum pasukan kebangsaan pada baki perlawanan kelayakan kelak.
“Kemenangan menentang Vietnam sudah pasti menjadi satu kebanggaan. Kita (Harimau Malaya) sasarkan perkara itu dan bekerja keras untuknya.
“Kami mahu memberikan sebuah pasukan kebangsaan dengan harapan penyokong boleh meletakkan sepenuh harapan kepadanya dan berada pada landasan yang terbaik,” katanya.
Setakat ini, Harimau Malaya mengekalkan rekod cemerlang dengan dua kemenangan daripada dua aksi awal Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
“Apa yang penting buat barisan kejurulatihan adalah persembahan dan tiga mata selain fokus kepada apa yang kami,” tambah Cklamovski.