MIAMI GARDENS, Amerika Syarikat: Kapten Argentina, Lionel Messi terlepas sesi latihan semalam kerana kecederaan otot, ketika penampilannya pada aksi terakhir peringkat kumpulan Copa America menentang Peru masih tidak menentu.
Juara bertahan Argentina berlatih di padang sukan Universiti Antarabangsa Miami tanpa Messi, yang menjalani ujian perubatan dan sesi kinesiologi, menurut laporan media Argentina.
Messi, yang genap berusia 37 tahun minggu ini dan mengalami sakit otot, memerlukan rawatan perubatan di pahanya ketika kemenangan 1-0 Argentina ke atas Chile tiga hari lalu.
Pemain Inter Miami itu berkata, dia mungkin lebih bagus tidak beraksi menentang Peru pagi Ahad ini ketika pasukannya sudah mengedahkan tempat ke suku akhir susulan dua kemenangan.
“Saya mengalami masalah adductor, ia mengganggu saya sedikit, tetapi saya mampu menghabiskan perlawanan, jadi saya akan lihat bagaimana perkembangannya dalam beberapa hari akan datang,” kata Messi selepas kemenangan Selasa lalu.
Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) tidak memberikan sebarang perkembangan terkini mengenai tahap kesihatan dan kecergasan penyerang itu.
Pemain pertahanan Marcos Acuna turut mengalami kecederaan otot ketika latihan di Miami.
sumber:-BH
Jurulatih Lionel Scaloni berkata, beliau akan merehatkan pemain utamanya bagi perlawanan terakhir Kumpulan A pagi Ahad ini di Stadium Hard Rock. – REUTERS