Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain pertahanan baru dari Sepanyol iaitu Antonio Glauder bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi saingan musim 2025/26.
Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini beraksi buat pasukan Cadiz, dan pernah menyumbangkan khidmat buat pasukan seperti SD Eibar, Alaves dan Fuenlabrada.
sumber:- stadium astro
Mengikut Transfermarkt, dia telah beraksi dalam 282 penampilan sepanjang karier profesionalnya selain telah menjaringkan sembilan gol dan lima bantuan jaringan.