sukan

Dion Cools kini dalam radar kelab liga utama Jepun

Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, dilaporkan sedang berada dalam radar pasukan Liga J1, Cerezo Osaka.

Memetik laporan media utama Thailand, Ball Thai, kelab berkenaan sedang mengadakan perbincangan dengan pemain berusia 28 tahun itu menjelang tarikh akhir kontraknya bersama Buriram United pada 30 Jun ini.

sumber:- stadium astro

Sekiranya perpindahan itu dimuktamadkan, Cools akan kembali bekerjasama dengan bekas jurulatih Thunder Castle, Arthur Papas, di mana pengendali dari Australia itu kini melatih Cerezo selepas meninggalkan Buriram pada Mac 2024.