sukan

Dollah yakin Fandi ada ramuan tersendiri hadapi JDT

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad diyakini ada ramuan terbaik apabila berdepan saingan sengit Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Pengurus Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, kepincangan dialami skuad itu tanpa dua pemain utama berjaya diatasi hasil tiga kemenangan terakhir dalam Liga Super.

“Saya lihat apabila Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo tidak bermain tiga perlawanan Liga Super, ia memberi peluang terbaik buat Sri Pahang, khususnya Fandi menilai pemain bakal mengisi kekosongan ditinggalkan dua pemain import ini.

“Walaupun pincang tanpa dua tonggak ini, saya percaya Fandi ada ramuan untuk mengatur perancangan selepas Sri Pahang merekodkan kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut,” katanya.

Pada aksi final piala berprestij itu Sabtu ini, Sherman dan Hidalgo, masing-masing tidak dapat disenaraikan kerana penggantungan dan status sebagai pemain pinjaman Harimau Selatan.

Mengulas wujud perkongsian idea dalam membentuk pasukan yang mantap, Dollah sentiasa memberikan sokongan kepada Fandi dan bersedia membantu apabila khidmatnya diperlukan berdasarkan pengalaman.

sumber:- BH

Katanya, segala keputusan juga dibantu dengan sokongan daripada penolong ketua jurulatih, Datuk Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi selaku penolong jurulatih.