SKUAD badminton muda negara menutup tirai Cabaran Remaja Antarabangsa Petronas Malaysia 2025 penuh bergaya apabila menghadiahkan dua kejuaraan di Dewan Wawasan, Perlis.
Pasangan beregu campuran, Loh Ziheng-Noraqilah Maisarah Ramdan, membuka laluan kejayaan buat kem negara sebelum gandingan beregu wanita, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi, melengkapkan hari gemilang tuan rumah menerusi aksi penuh keyakinan dalam kelas tersendiri.
Ziheng-Noraqilah tampil penuh kejutan apabila menewaskan pilihan utama juga rakan sepasukan, Datu Anif Isaac Datu Asrah- Dania Sofea Zaidi dalam perlawanan akhir sesama wakil negara.
Sebagai pilihan kedua kejohanan, Ziheng-Noraqilah membuktikan kejuaraan mereka dalam Kejohanan Kebangsaan Bawah 18 sebelum ini bukan sekadar nasib.
Malah, mereka berjaya bangkit selepas tewas set pertama 20-22 untuk memenangi dua set berikutnya, 21-15, 21-12 dalam tempoh 54 minit.
Ziheng yang semakin menyerlah sebagai pakar acara beregu hampir menambah satu lagi gelaran dalam beregu lelaki bersama Tan Zhi Yang.
Namun mereka terpaksa akur kepada kehebatan gandingan Indonesia, Alexius Ongkytama Subagio-Aquino Evano Keneddy Tangka.
Biarpun memenangi set pertama 21-18, pasangan pilihan utama negara itu tewas dua set seterusnya 19-21, 20-22.
Malaysia kembali menyerlah dalam aksi beregu wanita apabila pasangan pilihan utama, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi.
Zi Yu-Dania Sofea menebus kekecewaan dalam acara perseorangan apabila menewaskan pasangan kembar dari Thailand, Khanaphon-Thanaphon Deearom, 21-11, 21-19 dalam masa hanya 36 minit.
Gandingan dari Johor itu membuktikan kredibiliti mereka sebagai pemenang pingat perak di Kejohanan Dunia Remaja tahun lalu, sekali gus mengukuhkan status sebagai antara gandingan wanita terbaik Asia.
Sementara itu, dalam acara perseorangan lelaki, juara menjadi milik pilihan utama dari Hong Kong, Lam Ka To, yang tidak berdepan masalah untuk menumpaskan wakil Indonesia, Radithya Bayu Wardhana, straight set 21-8, 21-9.
sumber:- SH
Bintang muda Thailand, Tonrug Saeheng pula mengungguli acara perseorangan wanita, selepas menewaskan pemain muda Hong Kong, Ip Sum Yau, dalam pertarungan tiga set, 21-18, 15-21, 21-17.