sukan

Dua penyerang berbahaya The Cats perlu dirantai – Steinbruckner

KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner mengingatkan pemainnya agar ‘merantai’ penyerang Kuching City FC (KCFC) daripada bergerak bebas pada aksi keempat Liga Super malam esok.

Beliau menyifatkan dua penyerang import skuad The Cats itu, Jordan Mintah dan Kipre Tchetche cukup bahaya dan boleh memberi ancaman jika tidak dikawal ketat.

Tambah Steinbruckner, dua bekas penyerang TFC itu masing-masing mempunyai kualitinya yang tersendiri untuk menjaringkan gol sebagaimana yang dibuktikan pada perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun jurulatih berusia 58 tahun itu menjelaskan anak buahnya kini berada pada landasan terbaik untuk merakam kemenangan biarpun beraksi di tempat lawan terutama selepas berjaya melangkah ke suku akhir saingan Piala FA minggu lalu.

“Tchetche dan Mintah adalah pemain yang berkualiti dan mampu menjaringkan gol biarpun dalam sudut yang sukar, itu adalah kelebihannya dan kekuatan pasukan lawan.

“Jadi saya ingatkan semua pemain bukan sahaja barisan pertahanan sahaja agar dapat menyekat pergerakan dua penyerang itu daripada bergerak bebas.

“Ini kerana kita idamkan tiga mata untuk dibawa pulang sebagai pemangkin semangat sebelum berdepan dengan Sabah FC pada 28 Jun ini dalam saingan suku akhir pertama Piala FA,” ujar Steinbruckner ketika dihubungi.

sumber:-BH

Dalam perkembangan lain, bekas Pengarah Teknikal Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd itu lega apabila pertahanan importnya, Argzim Redzovic sudah pulih daripada kecederaan yang dialaminya.