sukan

Duit RM3 juta dibayar – Khalid

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mendakwa politik dalaman menjadi punca pasukan Kuala Lumpur (KL) City berdepan masalah kewangan dan isu tunggakan gaji.

Malah, Khalid mendakwa beliau sebelum ini turut diminta untuk melepaskan jawatan Presiden KLFA jika mahu salah satu penaja membayar wang tajaan selain dipercayai mahu memberi laluan kepada individu lain menjadi presiden.

“Saya mendapat maklumat bahawa duit itu tidak akan diberi selagi saya presiden. Maka, pada Mac saya letak jawatan sebagai presiden kerana nak tentukan duit masuk dan gaji dibayar serta lesen KL City tak ditarik balik.

“Bila saya letak jawatan, seminggu selepas itu duit sebanyak RM3 juta dibayar untuk nak selesai gaji tahun lepas, bukan gaji 2024.

“Saya pun orang politik tapi saya tahu mana arenanya, bukan dalam bola sepak. Bola sepak ini sepatutnya menyatukan, semua rakyat,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

sumber:-BH

KL City ketika ini didakwa berdepan isu tunggakan gaji dengan kapten, Paulo Josue dilaporkan mendakwa dia tidak dibayar gaji hingga tujuh bulan.