BARCELONA: Empat suspek ditangkap selepas insiden menyerang bapa pemain remaja Sepanyol, Lamine Yamal di Catalunya, menurut polis tempatan.
Serangan itu berlaku kelmarin di kawasan parkir di Mataro, kira-kira 30 kilometer dari Barcelona, di kawasan kejiranan Rocafonda tempat asal Yamal, kata seorang jurucakap Mossos d’Esquadra, polis tentera wilayah Catalunya.
Bapa Yamal, Mounir Nasraoui ditikam beberapa kali menurut polis dan dirawat di hospital Can Ruti.
“Terima kasih kepada semua kerana sokongan anda, saya sudah beransur-ansur pulih, satu pelukan erat buat setiap orang,” tulis Nasraoui dalam satu hantaran di Instagram.
Sumber rapat keluarga itu memberitahu Nasraoui kini “keluar daripada bahaya” tetapi “kekal di bawah pengawasan” dan berada dalam keadaan “stabil.”
Ditanya mengenai insiden itu dan bila mangsa mungkin boleh keluar dari hospital, sumber itu enggan memberitahu lebih lanjut.
Yamal dilihat meninggalkan hospital itu selepas melawat bapanya.
Tiga suspek ditahan malam kelmarin dan disoal siasat di balai polis Mataro, manakala suspek keempat ditangkap pagi semalam.
Pegawai penyiasat mesti menyoal mangsa “secepat mungkin”, selain saksi untuk mengetahui punca serangan itu, kata polis.
sumber:-BH
Akhbar Sepanyol, La Vanguardia melaporkan insiden itu berlaku selepas satu pertengkaran di jalanan dengan beberapa lelaki yang mendekatinya ketika beliau bersiar-siar dengan anjingnya. – AFP