sukan

Euro 2024 : Croatia sekali lagi dikecewakan

HAMBURG: Croatia terus buntu memburu kemenangan pertama di Euro 2024 selepas terikat 2-2 menentang Albania di Volksparkstadion, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Zlatko Dalic yang kian menua itu gagal mempertahankan kelebihan 2-1 apabila dikecewakan dengan jaringan penyamaan di penghujung permainan.

Pada aksi terbabit, Croatia ketinggalan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Qazim Laci.

Bagaimanapun, mereka bangkit pada babak kedua dengan dua gol pantas menerusi Andrej Kramaric pada minit ke-74 disusuli jaringan sendiri Klaus Gjasula dua minit berselang.

Croatia cuba bertahan dengan asakan bertali arus dari Albania namun pertahanan mereka tidak dapat menghentikan jaringan penyamaan Gjasula.

sumber:-BH

Keputusan ini menyaksikan Croatia menghuni tangga tercorot Kumpulan B selepas dua perlawanan, diketepikan Albania menerusi perbezaan jaringan. – AGENSI