sukan

Euro 2024: Harga tiket Final tidak masuk akal

LONDON: Tiket bagi final Euro 2024 membabitkan pertembungan antara England dan Sepanyol sudah dijual semula dengan harga yang melambung tinggi.

Kira-kira 50,000 penyokong dijangka menuju ke Berlin untuk menyaksikan final pertama England di luar negara – dan beberapa ulat tiket sudah meletakkan harga setinggi RM484,000 untuk dua keping tiket.

Beberapa ratus keping tiket akan dijual di laman sesawang Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris hanya ada 10,000 tiket untuk dijual.

Dengan peningkatan lima kali ganda penyokong yang mahu menyaksikan aksi final, ia menyaksikan ratusan ribu daripada mereka terpaksa mendapatkan tiket tanpa menggunakan saluran yang sah.

Penyokong yang terdesak untuk menyaksikan England yang berpotensi menjulang kejuaraan pertamanya sejak 1966 mungkin perlu berbelanja besar untuk mendapatkan tiket yang dijual semula.

Harga tiket bagi final sudahpun melambung dengan harga bagi tempat duduk termahal menjadi RM472,000 untuk sepasang tiket.

Tiket pada harga lebih murah dikenali sebagai ‘Fans First’ kini berharga RM26,600 yang mana 25 kali ganda lebih mahal berbanding harga asal RM515 menerusi laman rasmi UEFA.

Tiket paling premium boleh didapati bermula RM7,700 namun ia boleh melambung sehingga RM100,600 di tangan penjual semula.

sumber:-BH

UEFA sebelum ini memberi amaran kepada penyokong supaya tidak membeli tiket daripada penjual luar atau pihak ketiga. – AGENSI