sukan

Euro 2024: keputusan separuh akhir antara sepanyol bertemu perancis

MUNICH, Jerman: Penyokong Perancis merasai suasana duka sebentar tadi ketika menyaksikan pasukan mereka tewas 1-2 kepada Sepanyol seterusnya tersingkir daripada Euro 2024.

Ia berikutan satu lagi persembahan mengecewakan ketika mereka tiba sebagai satu daripada pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini.

Diketuai sekumpulan pemain terkenal termasuk kapten, Kylian Mbappe, Perancis pulang dengan hanya menjaringkan satu gol dalam permainan terbuka dalam aksi terakhir.

Mbappe juga gagal mendatangkan perbezaan buat pasukannya apabila dia dijangka akan menjadi tarikan utama.

Selepas mendahului, Perancis membenarkan Sepanyol bangkit menerusi dua gol dalam empat minit sebelum tamat babak pertama dan tidak benar-benar mengancam lawan mereka yang gembira mengekalkan kelebihan tipis itu.

Pengurus Sepanyol, Luis de la Fuente dikritik selepas aksi suku akhir kerana bermain terlalu konservatif dengan hanya satu gol berdepan Jerman ketika lawan itu mengasak bertubi-tubi dengan melakukan 13 cubaan pada babak kedua.

Berdepan situasi sama berdepan Sepanyol yang kehilangan tiga pemain utama kerana kecederaan dan penggantungan, Perancis tidak menunjukkan tanda mahu mengurangkan defisit itu walaupun pengurus, Didier Deschamps membuat empat pertukaran pada babak kedua.

Perancis gagal memberi tekanan berdepan pertahanan Sepanyol yang dilihat selesa menghantar bola sekitar lawasan mereka hingga tamat perlawanan.

Selain tandukan Randal Kolo Muani, Perancis hanya membuat dua percubaan lagi terhadap sasaran dan ketika mereka ketinggalan, skuad berkenaan tidak mampu menghasilkan kombinasi mudah sebaliknya pemain hanya membuat sepakan jauh melepasi gawang sebanyak enam kali.

sumber:-BH

Keputusan Deschamps meletakkan tonggak, Antoine Griezmann di bangku simpanan nyata memberi kesan ketika Perancis hanya menang sekali dalam lapan aksi apabila pemain itu tidak beraksi. – REUTERS