Lewandowski, 36, mungkin akan bermain dalam perlawanan terakhir EURO 2024 buatnya ketika Poland bersiap menghadapi cabaran Perancis, tengah malam ini.
Poland muncul pasukan pertama yang tersingkir daripada EURO 2024 apabila tewas 1-3 kepada Austria, minggu lalu.
Lewandowski masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan itu setelah terlepas kekalahan kepada Belanda akibat kecederaan.
Begitupun, dia tidak bercadang untuk membelakangi negaranya.
“Saya bakal mencecah umur 36 tahun tidak lama lagi. Ramai orang akan tertanya-tanya berapa lama lagi saya akan beraksi tetapi saya masih bersemangat dan tiada sesiapa dari luar sana yang mampu mempengaruhi keputusan saya,” kata penyerang Barcelona itu.
“Suatu hari nanti, mungkin saya akan bangun dan berfikir mungkin sudah tiba masanya untuk berfikir tentang bersara daripada tugasan antarabangsa.
sumber:-SA
Tetapi setakat hari ini, saya rasa dan saya melihat bahawa pasukan ini mempunyai masa depan dan kami telah membina sesuatu dalam edisi kali ini.
“Kami telah membina sesuatu di sini. Saya melihat potensi yang ada dalam pasukan ini. Saya melihat ramai pemain muda yang semakin menyerlah.”