KUALA LUMPUR: Penaung KL City, Fahmi Fadzil menggesa pengurusan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) supaya berlaku adil dalam isu tunggakan gaji pemain-pemain.
Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata, dia cuba membantu dan sudah menyampaikan pandangannya kepada Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustafa, tetapi beberapa isu asas masih belum diselesaikan.
-ADVERTISEMENT-
Ads by
“Pengurusan perlu telus. Saya bukan sebahagian daripada jawatankuasa eksekutif, saya hanyalah penaung, dan saya cuma mahu membantu, tetapi sukar jika isu asas di KLFA tidak diselesaikan,” kata Fahmi.
Beliau turut menggesa pengurusan KLFA untuk melakukan pemilihan di mesyuarat agung akan datang bagi menyelesaikan isu-isu yang membelenggu kelab berkenaan.
“Saya sudah cuba membantu dan bersimpati dengan pemain-pemain KL City. Saya ada berjumpa beberapa orang pemain di bilik persalinan untuk membantu mereka sebelum ini, ketika kelab hampir tersingkir dan tidak dibenarkan menandatangani pemain import,” katanya.
sumber:-BH
Isu berkaitan tunggakan gaji pemain KL City menjadi isu hangat apabila kaptennya, Paulo Josue mendedahkan yang dia sudah hampir tujuh bulan tidak dibayar gaji. – BERNAMA