PETALING JAYA – Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim membuat kemunculan kompetitif pertama selepas menyaksikan Gergasi Merah menang ke atas Kelantan Darul Naim (KDN FC) 2-0 sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium MB Petaling Jaya itu, Faisal sekali lagi diletakkan dalam bangku simpanan buat dua perlawanan berturut-turut oleh ketua jurulatih, Nidzam Jamil.
Pasukan tuan rumah dilihat tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata berharga apabila penyerang import sensasi, Ronnie Fernandez menjaringkan gol pertama pada minit ke-66.
Skuad Merah Kuning mengesahkan kemenangan apabila Fernandez sekali lagi menjadi wira pasukan dengan menjaringkan gol penalti pada minit ke-86.
Terdahulu, Nidzam membuat keputusan untuk membuat pertukaran dengan menggantikan Faisal dengan tonggak antarabangsa Jordan, Reziq Bani Hani pada minit ke-82.
Pemain sayap yang mesra dengan gelaran Mickey itu turut diberikan lilitan kapten selepas ketua pasukan, Safuwan Baharudin dikeluarkan pada masa kecederaan dengan digantikan oleh Khuzaimi Piee.
sumber:-Kosmo
Faisal sebelum ini terpaksa berehat lebih tiga bulan susulan menjadi mangsa serangan simbah asid oleh individu tidak dikenali di Petaling Jaya pada 5 Mei lepas. – KOSMO! ONLINE