KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga bulan menjadi mangsa simbahan asid, Faisal Halim akhirnya berada dalam skuad Selangor FC buat kali pertama musim ini.
Pemain berusia 26 tahun itu diletakkan dalam senarai pemain simpanan Selangor pada aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
Terdahulu, Selangor mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air selepas memuat naik video yang dipercayai Faisal menjalani latihan bersama skuad Gergasi Merah.
Meskipun video yang dimuat naik di Facebook rasmi kelab itu kabur, namun peminat dapat meneka ia adalah Faisal.
Sambil disertakan dengan kapsyen “siapa kembali”, video berkenaan memaparkan seorang pemain Selangor berlari dan meledak jaringan ketika sesi latihan Gergasi Merah.
sumber:-BH
Faisal sebelum ini terpaksa menjalani proses pemulihan disebabkan luka melecur tahap empat yang dialaminya selepas menjadi mangsa simbahan asid pada awal Mei lalu.