Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan berusaha mencari satu lagi pasukan berpangkalan di Asia Selatan bagi mengatur aksi persahabatan sepanjang tempoh kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman menjelaskan pihaknya mahu memastikan skuad Harimau Malaya beraksi dua perlawanan persahabatan Tier 1 sepanjang tempoh kalendar FIFA bermula 11 hingga 19 November depan dalam usaha memperbaiki ranking.
Beliau berkata, setakat ini Harimau Malaya dijadualkan menentang India pada 19 November ini dan FAM perlu mendapatkan satu lagi aksi persahabatan antarabangsa untuk melengkapkan kuota perlawanan persahabatan.
“Kita akan mencari satu lagi pasukan supaya skuad kebangsaan dapat mengharungi dua perlawanan persahabatan pada November ini.
“Satu lagi pasukan akan ditentukan kelak dan pada masa sama, kita juga meminta bantuan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) untuk mencari satu pasukan di bahagian Asia Selatan.
sumber:-BH
“Perlawanan persahabatan ini cukup penting dalam usaha memantapkan barisan pemain bagi mengharungi perlawanan Piala ASEAN 2024 pada Disember ini,” katanya.