sukan

Fandi tabik Sri Pahang FC

GEORGETOWN: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad memuji semangat juang dan kesepakatan terbaik anak buahnya sehingga berjaya mengatasi Penang FC 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, semalam.

Legenda bola sepak Singapura itu berkata, kem pelawat membentuk formasi kompak di bahagian tengah dalam usaha menyekat kemaraan pasukan tuan rumah yang gemar melakukan hantaran jauh terutama pada separuh masa pertama.

“Alhamdulillah kita dapat permainan yang kita inginkan malam ini, kita tahu kekuatan mereka dalam melakukan hantaran bola jauh, jadi dalam perlawanan ini kita banyak bergabung di bahagian tengah.

“Kita sangat kompak di tengah sedangkan mereka tidak dapat mengatur serangan dalam babak pertama kita punya lebih peluang kerana kita terus menyerang dan buat larian-larian dari sayap juga,” katanya kepada ketika ditemui pemberita.

Fandi dalam pada itu meluahkan rasa hairan apabila jaringan penyerang skuad Tok Gajah Kpah Sherman pada minit ke-54 tidak dikira sebagai gol meskipun sudah menembusi gawang lawan.

“Sayang sekali kita tak tahu kenapa bola itu tidak diberi gol, sebab tak ofsaid, bola itu hantaran silang mungkin ada ‘infringement’ (pelanggaran) tapi sebelum itu pemain mereka ada buat satu tackle yang keras sekali

“Tapi kita teruskan permainan sebab kita sedang menyerang, mungkin pengadil pun tidak meniup wisel tetapi saya rasa sangat baik sekali untuk Kpah,” ujarnya.

sumber:-BH

Jurulatih berusia 62 tahun itu menambah Penang memberi tekanan berat pada babak kedua perlawanan namun skuad Tok Gajah beruntung kerana mempunyai benteng pertahanan yang kebal sehingga gagal dibolosi sepanjang perlawanan tamat.