sukan

Futsal : Pahang Rangers FC buktikan kehebatannya

KUANTAN: Skuad Pahang Rangers FC tidak banyak berhadapan masalah menewaskan Terengganu 10-0 pada saingan Divisyen 1 Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) di Stadium Tertutup SUKPA, sebentar tadi.

Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk berada di hadapan menerusi jaringan Mohamad Sufri Shamil yang melakukan rembatan kencang pada minit pertama bagi menewaskan penjaga gol pelawat, Muhammad Ammar Harith Mohammad.

Pada minit ketiga, tuan rumah menambah jaringan menerusi pemain import, Murilo Carlos Saad disusuli pemain kebangsaan, Ahmad Harith Na’im Mohd Nasir selang dua minit kemudian untuk gol ketiga Pahang Rangers.

Kebangkitan pasukan Terengganu dapat dilihat menerusi beberapa percubaan ke gawang tuan rumah, namun usaha mereka berjaya dikawal baik Zainulzahin Sinuan.

Pada minit ketujuh dan ke-14, pemain tuan rumah Saiful Nizam Mohd Ali dan Akmarulnizam Mohd Idris mencatat nama sebagai penjaring untuk menamatkan babak pertama Pahang Rangers selesa dihadapan dengan 5-0.

Bermula babak kedua, usaha Pahang Rangers untuk menambah jaringan terus berhasil apabila Ahmad Harith Na’im menjaringkan gol pada minit ke-21 dan dua minit kemudian Carlos Saad menyumbang gol tujuh.

sumber:-
Anak buah jurulatih, Gerard Casas dilihat begitu dahagakan gol apabila Saiful Nizam meledak jaringan pada minit ke-28 dan 29 bagi melengkapkan hatrik pertama musim ini sebelum Mohamad Sufri melengkapkan gol ke-10 pasukan pada minit ke-37.