sukan

Gara-gara hutang, kelab gergasi Perancis disingkirkan

LYON akan beraksi dalam liga divisyen 2 bola sepak Perancis musim depan selepas susukan pertemuan dengan National Management Control Directorate (DNCG).

Wakil pasukan gergasi Perancis itu, bersama beberapa pasukan Ligue 1 lain, tiba di DNCG awal pagi tadi bagi membentangkan mengenai keadaan kewangan kelab masing-masing.

Lyon sebelum ini diturunkan sementara ke Ligue 2 pada November lalu gara-gara keadaan kewangan mereka, yang dilaporkan memiliki beban hutang melebihi €500 juta (RM2.461 bilion).

Eagle Football Group, konsortium yang merupakan pemilik Lyon, membawa masuk pelbagai sumber kewangan untuk mencuba meyakinkan DNCG bahawa kewangan mereka sudah bertambah baik.

Ia termasuk usaha pengerusi, John Textor, menjual 42.9% dalam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace, selain menjual pasukan wanita Lyon dengan harga yang dilaporkan bernilai £190 juta (1.095 bilion).

Lyon dilaporkan masih boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

sumber:- stadium astro

Sekiranya hukuman itu dikekalkan, tempat Lyon dalam liga divisyen utama berkenaan akan digantikan dengan Reims, yang tewas kepada Metz dalam playoff penyingkiran.