sukan

Giggs dilantik penolong jurulatih TFC

Kuala Terengganu: Selepas dinaikkan ‘pangkat’ sebagai penolong ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Rosdi Talib idam mahu meningkatkan lagi prestasi pasukannya.

Jelas bekas kapten skuad kebangsaan itu, fokus utamanya kini bersama ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali adalah dalam aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia pada Sabtu ini dan perlawanan terakhir Kejuaraan Kelab Asean pada 5 Februari depan.

Jurulatih berusia 49 tahun itu yang lebih mesra dipanggil ‘Giggs’ menjelaskan, beliau akan mencurahkan segala ilmu yang ada kepada pemain bagi memastikan pasukannya terus berdaya saing.

“Alhamdulillah terima kasih kepada pihak pengurusan TFC dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjawat jawatan penolong jurulatih pasukan utama bagi menggantikan Hai O (Hairuddin Omar).

“Insya-Allah kepercayaan yang diberikan ini akan sedaya upaya saya balas dengan mencurahkan ilmu sebanyak mungkin kepada pemain bagi membantu ketua jurulatih, Badrul Afzan.

“Misi terdekat ini saya bersama ketua jurulatih mahu memastikan pintu gol TFC tidak dibolosi gol dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia pada Sabtu ini kerana kita tahu berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah sukar lebih-lebih lagi beraksi di tempat mereka.

sumber:-HM

Berdasarkan rekod, selain skuad kebangsaan, pemain kelahiran Kuala Nerus yang sebelum ini menjawat jawatan penolong jurulatih TFC II pernah mewakili Terengganu, Pahang, T-Team dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC sepanjang kariernya bermula 1997.