sukan

Gol ketiga beri senyuman lebar – Rezal Zambery

SEREMBAN: Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Rezal Zambery Yahya menghamburkan pujian kepada pemain selepas mereka tampil dengan persembahan mantap menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Menurut bekas pemain kebangsaan itu, menariknya ia adalah kemenangan pertama dicapai pasukan berkenaan di tempat lawan musim ini.

“Walaupun pada suatu ketika impian membawa pulang tiga mata hampir tersasar selepas NSFC menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat 2-2, tapi jaringan gol ketiga itu memberi senyuman yang lebar kepada semua pegawai dan pemain.

“Sikap positif pemain yang berterusan melakukan serangan ke kubu pasukan lawan sehingga ke wisel penamat wajar dipuji. Kunci kemenangan malam ini (malam tadi)

adalah semangat juang yang tinggi,” katanya.

sumber:-BH

Kata Rezal Zambery, anak buahnya berjaya mengikuti segala arahan dan perancangan ditetapkan, membuatkan mereka dapat menguasai sebahagian perlawanan serta mengawal bola dengan baik.