sukan

Gol Salah pada aksi pertama liga ibarat rutin

LONDON: Liverpool membuka tirai Liga Perdana Inggeris dengan jaringan penyerangnya, Mohamed Salah ibarat perkara rutin buat kelab Anfield itu.

Pada usia 32 tahun dan kontraknya akan berakhir musim panas depan, penyerang Mesir itu masih menjadi peledak utama di Anfield.

Salah kini mengumpul jaringan paling banyak pada perlawanan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, dengan gol babak kedua ketika menentang Ipswich adalah kali kesembilan dia memulakan kempen dengan jaringan.

Salah turut membantu jaringan Diogo Jota bagi melengkapkan pembabitannya dalam gol Liverpool kepada 300 kali sepanjang 350 penampilan.

“Setiap tahun dia kembali dalam keadaan lebih baik berbanding musim sebelumnya. Dia salah seorang pemain yang mempunyai cuti musim panas lebih panjang dan dia memanfaatkannya.

“Dia sangat cemerlang, terutama di babak kedua apabila membantu kami mencapai kemenangan.

sumber:-BH

“Mo menjaga badannya dengan baik sekali. Dia seorang profesional yang perlu dicontohi. Jika pemain utama kami bermain seperti itu, ia akan membantu pasukan,” kata pemain pertahanan, Andy Robertson. – AGENSI