sukan

Gordic ingin lepas geram jumpa JDT

ALOR SETAR: Penyerang utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Milos Gordic berharap mampu mengakhiri kemarau gol apabila turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam esok.

Penyerang dari Serbia itu sedar dia kini berada dalam tekanan tinggi untuk menjaringkan gol selepas sekadar mencetak satu gol ketika Kedah membenam Bukit Tambun FC 5-0 pada aksi Piala FA di Stadium Darul Aman, 14 Jun lalu.

“Saya tahu tekanan untuk menjaringkan gol semakin memuncak, dan saya cuba meletakkan diri saya dalam kalangan penyokong yang mahukan gol. Itu fokus saya setiap kali saya turun beraksi bersama pasukan.

“Saya harap mampu mengakhiri kemarau jaringan itu apabila menentang JDT sekali gus membantu pasukan melakar kemenangan,” katanya.

sumber:-BH

Gordic yang bakal menerima kelahiran anak pertamanya bulan depan juga berkata, dia berharap semua penyokong Kedah terus memberi keyakinan kepadanya untuk menamatkan kemarau jaringan.