KUANTAN: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mahu Sri Pahang FC yang mara ke final Piala Malaysia beraksi cemerlang berdepan Selangor FC pada aksi Liga Super, Sabtu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata kejayaan ke pentas final piala berprestij itu diharap membantu skuad Tok Gajah mencatat kemenangan.
“Pada masa sama, Sri Pahang amat memerlukan kemenangan kerana ia akan membantu untuk memperbaiki kedudukan dalam liga.
“Ketepikan seketika aksi final dan focus kepada aksi Liga Super kerana Sri Pahang berada di kedudukan ke-10 selepas 16 perlawanan.
“Namun, semua pemain perlu lebih berhati-hati kerana Selangor sudah pasti mahu mengutip tiga mata dalam usaha mengukuhkan kedudukan di tangga kedua,” katanya.
Mohammed Suffian berkata, semua pemain juga diharap dapat mempertingkatkan prestasi masing-masing sebagai persediaan awal berdepan Johor Darul ta’zim (JDT) di final nanti.
sumber:-BH
Katanya, walaupun aksi final itu kira-kira tiga bulan lagi, anak buah Fandi Ahmad perlu mengekalkan fokus dan berada pada tahap terbaik.