sukan

Hamidin puji impak Vicente

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin memuji peranan yang dimainkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente ketika memacu skuad itu untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024, Ahad lalu.

Kejayaan menamatkan penantian 11 tahun untuk Harimau Malaya kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka menyaksikan Vicente lulus dua ujian pertama selepas menggantikan tempat Kim Pan Gon yang meletak jawatan, 16 Julai lalu.

Justeru, Hamidin berharap momentum positif terutama kejayaan menundukkan pasukan ranking 116 dunia, Lubnan 1-0 dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 dapat diteruskan dalam perlawanan akan datang.

“Saya berasa Pau Marti dapat menerapkan dengan cepat sistem dengan pasukan dan pemain pun sudah biasa dengan dia.

“Kita sukar untuk bermain dengan pasukan negara Arab, jadi apabila menang saya harap momentum ini dapat diteruskan pada persahabatan yang akan datang,” katanya.

Sebelum menundukkan Lubnan, anak buah Vicente terlebih dahulu bangkit dari ketinggalan untuk mengatasi pasukan di tangga 147 dunia, Filipina 2-1 dan melangkah ke final.

sumber:-BH

Kemenangan ke atas Filipina dan Lubnan turut menyaksikan Harimau Malaya menambah 10.06 mata bagi ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan dijangka naik satu anak tangga dalam kemas kini terbaharu badan induk itu pada 19 September ini.